Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, May 25, 2012

Wujud kefahaman antara rakyat dan BN - Nyalau


Caption: RASMI... Nyalau sedang memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh Buda (tengah) dan tetamu yang lain pada majlis itu kelmarin.

ENGKILILI, Khamis (17 Mei) – Kemajuan sesebuah kawasan boleh dicapai sekiranya wujud hubungan kefahaman dan kerjasama yang tinggi antara penduduk dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Hubungan akrab antara penduduk menerusi wakil rakyat BN katanya akan membolehkan kerajaan merancang pelbagai projek pembangunan di kawasan penempatan penduduk itu sendiri dari masa ke semasa.

“Jika penduduk tidak se’ati’ dengan kerajaan maka adalah amat sukar untuk kita merancang dan melaksanakan projek pembangunan di kawasan penempatan mereka itu sendiri.

“Justeru saya meminta penduduk di kawasan Parlimen Lubok Antu untuk terus menyokong kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang,” menurut beliau.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kem Kesihatan 1 Malaysia Bersama Pemimpin yang berlangsung di Rumah Nudong anak Lias, Nanga Murat, Skrang, Engkilili kelmarin.

Sementara itu beliau juga menasihat semua penduduk terutama sekali dari kawasan luar bandar agar sentiasa peka terhadap isu kebersihan yang berlaku di penempatan masing-masing.

“Kesihatan juga berpunca dari kebersihan. Paling penting ialah pihak JKKK perlulah rajin untuk menganjur pelbagai program kesihatan seperti gotong-royong untuk menjamin kesihatan hidup mereka selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Buda Ason, Pengerusi Panel Kesihatan KK Skrang, Rawing anak Jilin, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Nyalau pada majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil LuarBandar berjumlah RM30,000 untuk JKKK Nanga Murat dan RM2,000 lagi untuk Persatuan Jururawat Bahagian Sri Aman.

Program Kem Kesihatan 1 Malaysia Bersama Pemimpin yang berlangsung selama dua hari itu telah diserikan lagi dengan ceramah kesihatan, pertandingan poco-poco, karaoke, pertandingan memberus gigi dan sebagainya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment