Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Tolak kehadiran pembangkang menjelang PRU13 - Nyalau


Caption: UNTUK ALBUM...Nyalau sedang merakamkan gambar kenangan bersama ketua kaum dan warga SK Sbangki ketika berlangsungnya majlis tersebut kelmarin.

LUBOK ANTU, Isnin (14 Mei) – Rakyat khasnya dari kawasan luar bandar di negeri ini perlu menolak kehadiran pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja mulai sekarang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata pihak pembangkang hanya mahu meraih sokongan politik daripada rakyat dan akan menghilang semula sebaik sahaja tamat PRU13 itu nanti.

“Pihak pembangkang tidak ikhlas membantu rakyat. Justeru saya berharap agar rakyat tidak mudah terperangkap dengan segala janji manis pihak terbabit seperti mana yang berlaku di beberapa negeri pembangkang pada masa sekarang,” katanya.

Mereka ini tidak ikhlas membantu rakyat dan hanya mementingkan diri sendiri maka saya meminta rakyat agar tidak mudah terperangkap dengan janji manis daripada pihak  tersebut selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Tengahari atau Merarau 2012 anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sbangki, Lubok Antu di dewan sekolah berkenaan kelmarin.

Selain itu Nyalau juga mahu rakyat tahu bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan janjinya terhadap rakyat walaupun ia memakan sedikit masa.

“Atas sebab ini saya meminta rakyat khasnya di kawasan Lubok Antu untuk terus memberi sokongan padu terhadap BN pada PRU13 demi masa depan pembangunan kawasan mereka selepas itu,” katanya.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM15,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sbangki.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Yang Dipertua SK Sbangki, Selutan Anjie,  Guru Besar SK Sbangki, Arifahamalina @ Adeline Abdullah dan ketua kaum di sini.

Tamat...



No comments:

Post a Comment