Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

SK Batang Ai adakan taklimat Sekolah Selamat



Caption: TERIMA KASIH...Joseph (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Koperal Lambai ketika berlangsungnya Taklimat Sekolah Selamat di SK Batang Ai baru-baru ini.

LUBOK ANTU, Sabtu (5 Mei) – Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Ai, Lubok Antu telah mengadakan Taklimat Sekolah Selamat yang diadakan bersama dengan Pegawai Perhubungan Sekolah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Taklimat Bersama Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM ini telah pun diadakan bersama para guru, kakitangan sekolah, pengawal keselamatan sekolah dan pengawas sekolah rendah itu sendiri.

Guru Besarnya iaitu Joseph Suat Mara ketika berucap pada taklimat itu menekankan aspek langkah keselamatan sekolah seperti penggunaan pas pelawat secara wajib oleh pelawat dan menulis buku rekod pelawat yang disediakan di sekolah.

Beliau turut memberitahu pelawat yang ingin berurusan juga perlu mendapatkan pas pelawat selain rondaan oleh pengawal keselamatan bagi memastikan sekolah selamat daripada penceroboh.

”Saya berharap agar masyarakat di sekitar SK Batang Ai, Lubok Antu untuk berganding bahu bersama pihak kita demi menjamin keselamatan para murid sekolah selepas ini,” katanya.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Koperal Lambai Chabu berkata pihak polis khasnya dari Balai Polis Lubok Antu akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjaga keselamatan SK Batang Ai dari masa ke semasa.

Justeru beliau berharap agar Taklimat Sekolah Selamat ini akan dapat mewujudkan kerjasama yang lebih erat di antara pihak polis dan SK Batang Ai dalam menjaga keselamatan murid selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment