Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Sempena PRU13 : Beri kepercayaan kepada saya - NYalau


Caption: UNTUKMU....Nyalau (kanan) menerima cenderamata daripada Father Joseph (kiri) sambil saksikan ketua kaum di kawasan Lubok Antu.

LUBOK ANTU, Rabu (16 Mei) – William Nyalau Badak meminta pengundi di kawasan Parlimen Lubok Antu agar menyokong beliau sekiranya diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi milik Barisan Nasional (BN) itu pada pilihan raya umum kelak.

Beliau yang menjadi Ahli Parlimen Lubok Antu pada tahun 2008 lepas berkata kejayaan BN dalam mempertahankan kerusi terbabit akan menentukan hala tuju hidup penduduk di situ bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Penduduk di kawasan Parlimen Lubok Antu akan menggalas cabaran bagi menentukan wakil rakyat mereka di sini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) yang dijadual akan berlangsung dalam masa terdekat kelak.

“Justeru sokonglah saya atas nama BN sekiranya saya dicalonkan semula pada PRU13 kelak. Ia penting agar segala agenda pembangunan di Lubok Antu akan dapat diteruskan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama penduduk bersempena  dengan lawatan ke Chapel Saint Andrew, Delok di Skim Penempatan Semula Fasa II Batang Ai yang diwakili 12 buah rumah panjang, di Lubok Antu kelmarin.

Nyalau turut menasihatkan penduduk agar tidak mengadaikan masa depan pembangunan hidup mereka dengan memberikan sokongan terhadap pihak pembangkang pada PRU13 kelak.

Kerajaan BN katanya akan tetap meneruskan projek pembangunan di kawasan Lubok Antu selagi penduduk terus-menerus memberikan sokongan padu terhadap mereka selepas ini.

Terdahulu, Nyalau pada pertemuan itu mengumumkan peruntukan berjumlah RM30,000 untuk naiktaraf Chapel Saint Andrew, Delok dengan RM3,000 lagi diperuntukan kepada biro wanita gereja tersebut.

Nyalau adalah salah seorang daripada enam kawasan milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang dikatakan akan dicalon semula bagi mempertahankan kerusi Lubok Antu pada pilihan raya umum nanti.

Sumber turut memberitahu bahawa Naib Persiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu akan ditentang oleh calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Buruh Sarawak (SWP)  pilihan raya kali ini.
Tamat.

No comments:

Post a Comment