Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Saidah Saibi dilantik Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman



Caption: UNTUK ALBUM...Barisan baru jawatankuasa PPWS Kawasan Sri Aman bergambar kenangan sebaik sahaja selesai mesyuarat agung berkenaan kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (2 Mei) – Saidah Saibi sekali lagi dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak atau PPWS Kawasan Sri Aman bagi penggal tahun 2012 / 2015.

Beliau telah dipilih untuk menerajui semula PPWS Kawasan Sri Aman berkenaan menerusi sesi Mesyuarat Agung PPWS Daerah / Kawasan yang berlangsung di sini kelmarin.

Nur Khadijah Abdullah pula telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi dengan Rosalind Emeline, Rosalane Anthony dan Lela Ain dipilih sebagai Naib Pengerusi, Setiausaha Kehormat serta Bendahari Kehormat PPWS Kawasan Sri Aman.

Sementara itu Seniah Julhi pula telah dipilih sebagai Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman dengan Hajah Jamayah Ambi dan Frida Abdul Sani dipilih sebagai Timbalan dan Naib Pengerusi menerusi mesyuarat agung itu.

Jawatan Setiausaha pula telah diisi oleh Rozalina Kassim dengan Rosalind Emelind iaitu Naib Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman dipilih untuk mengisi jawatan Bendahari bagi PPWS Daerah Sri Aman.

Mesyuarat Agung PPWS Daerah / Kawasan Sri Aman bagi penggal tahun 2012 / 2015 ini juga turut menyaksikan seramai 10 orang ahli dilantik untuk mengisi jawatan Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut.

Sejumlah 15 buah cawangan PPWS dari kawasan Sri Aman, Roban, Lingga, Stumbin, Saratok, Kabong dan Maludam telah melibatkan diri dalam mesyuarat agung PPWS berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment