Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

PPWS Sri Aman jayakan program jalan kaki sempena ACWW



Caption: MULA...Ismawie ketika bersama Saidah (kiri) dan para ahli PPWS Sri Aman sebelum bermula upacara pelepasan bendera bagi program itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Sabtu (5 Mei) – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kawasan Sri Aman telah mengadakan program berjalan kaki bersempena dengan Hari Associated Countries Women of The World (ACWW) baru-baru ini.

Program yang bertemakan Women Walk The World itu merangkumi perjalanan sejauh 1.5 kilometer bermula dari Taman Panorama Benak menuju ke bangunan PPWS Kawasan Sri Aman.

Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh ketika berucap merasmikan program tersebut berkata beliau amat bangga dengan peranan PPWS Sri Aman yang amat aktif dalam menganjurkan aktiviti sosial seperti itu.

“Ia merupakan satu program yang amat sihat dan perlu diamalkan oleh semua pihak demi mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan mereka dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Beliau turut menambah bahawa pihaknya akan berusaha untuk melibatkan PPWS Kawasan Sri Aman dalam pelbagai aktiviti sosial anjuran pihak Pejabat Daerah pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman, Saidah Saibi berkata program itu bukan sahaja berfungsi untuk memupuk semangat setiakawan di kalangan para ahli tetapi turut menggalakkan para wanita untuk beriadah demi menjaga kesihatan masing-masing.

Terdahulu program sehari yang bermula pada jam 7.30 pagi itu disertai oleh 100 orang ahli dan turut dimeriahkan dengan Pertandingan Hantu Patung melibatkan ahli dari semua cawangan yang hadir.

Tamat.

No comments:

Post a Comment