Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Pertingkatkan penguasaan murid dalam B.I - Rayong


Caption: SIMBOLIK...Rayong sedang menanam bunga sebagai simbolik kebersihan sekolah sambil disaksikan oleh Nyalau dan tetamu khas yang lain pada majlis itu.

ENGKILILI, Khamis (10 Mei)– Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguasaan murid luar bandar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris selepas ini menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Menurut beliau usaha semua pihak berhubung perkara ini adalah amat penting memandangkan penguasaan murid luar bandar dalam matapelajaran itu jauh kurang berbanding dengan murid di kawasan bandar.

“Perbezaan ini perlu dikurangkan agar anak-anak yang menuntut di sekolah luar bandar mampu menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris seperti mana yang boleh dilakukan oleh para murid di kawasan bandar.

“Justeru saya meminta semua pihak untuk sama-sama mencari langkah bagi membolehkan murid di kawasan luar bandar menguasai matapelajaran tersebut dengan sebaik mungkin selepas ini,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap Majlis Makan Tengahari atau Merarau anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menjuan, Ulu Skrang  yang berlangsung di dewan sekolah itu, baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan rakyat dalam kawasan Engkilili agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda politik daripada pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini nanti.

“Paling penting ialah rakyat dalam kawasan luar bandar khasnya di Engkilili menjalinkan hubungan kerjasama terhadap kerajaan dengan memastikan kemenangan BN pada PRU13 kelak,” katanya.

Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK Nanga Menjuau.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak itu turut dihadiri oleh Guru Besar SK Nanga Menjuau iaitu Morshidi @Morsidi Haji Serah dan ketua kaum di sini.

Tamat…





No comments:

Post a Comment