Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Penduduk Pulau Seduku sambuta Hari Pekerja



Caption:

1. UNTUK ALBUM...Para pasukan futsal lelaki dan wanita bergambar kenangan sebelum berlangsungnya pertandingan itu sempena sambutan Hari Pekerja di situ kelmarin.

2. MULA...Bukhari sedang menyempurnakan upacara sepak mula sebelum berlangsungnya acara futsal lelaki sempena sambutan Hari Pekerja di situ kelmarin.

LINGGA, Isnin (30 April) – Penduduk dari Penempatan Agropolitan Pulau Seduku, Lingga telah mengadakan sambutan Hari Pekerja 2012 dengan kerjasama Felcra Berhad Batang Lupar yang telah berlangsung kelmarin hingga hari ini.

Jurucakap penganjur, Arip Abong berkata sambutan yang berlangsung di Padang Agropolitan Pulau Seduku itu telah melibatkan sejumlah 400 orang pekerja Ladang Batang Lupar, Ladang Lingga dan penduduk dari penempatan itu sendiri.

“Objektif utama ialah untuk mengeratkan hubungan tali silaturahim antara pekerja, pihak Felcra dan juga penduduk kampung,” katanya sambil menambah bahawa pelbagai acara diadakan semenjak kelmarin bagi memeriahkan sambutan Hari Pekerja 2012.

Pertandingan futsal kategori Lelaki dan Wanita kata Arip telah menjadi acara pembuka tirai bagi sambutan ini dengan Pengurus Ladang FELCRA Batang Lupar, Bukhari Haji Abdul latip merasmikan upacara sepak mula acara terbabit.

Kategori Lelaki katanya menyaksikan pasukan G.M.L Club muncul juara dengan pasukan Lingga FC dan Mycogold masing-masing muncul sebagai pemenang tempat kedua serta ketiga dalam acara itu.

Manakala itu Kategori Perempuan kata Arip pula menyaksikan pasukan Black And White muncul juara sambil diikuti oleh pasukan Lingga FC dan Wonder Girl yang berada di kedudukan naib juara serta tempat ketiga bagi acara itu.

“Kita juga turut mengadakan acara Merentas Ladang sejauh 4.5 kilometer dan sukaneka seperti tarik tali, cari gula dalam tepung, lari dalam guni, menganyam ketupat, ‘bowling’ kelapa, lari bawa bola pingpong serta pertandingan mewarna murid tadika kemas.

“Kemuncak sambutan ini ialah Pertandingan Bertanda, Karaoke dan Poco-Poco di Penempatan Agropolitan Pulau Seduku. Justeru diharap agar kesemua acara ini dapat memeriahkan sambutan Hari Pekerja di kawasan Lingga,” katanya.

Tamat.




No comments:

Post a Comment