Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Pembangkang sentiasa cari jalan kelirukan rakyat - Harden



Caption: SIBUK...Harden sedang melakukan catatan terhadap diarinya sebelum bermulanya majlis berkenaan pada hari Sabtu lepas.

SRI AMAN, Isnin (14 Mei) – Pihak pembangkang sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan pengaruh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di kalangan rakyat dalam negeri ini khasnya Sri Aman.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis berkata antara tindakan mereka ialah dengan mempersoalkan bantuan kerajaan dan projek pembangunan yang terdapat di sini.

“Apabila kerajaan BN memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia, pihak pembangkang kata kita bagi rasuah dan apabila ada sudah projek pembangunan sudah diluluskan oleh kerajaan pun mereka tetap persoalkan.

“Pihak pembangkang sentiasa mencari isu untuk mempengaruhi minda rakyat agar mereka tidak menyokong komponen parti Barisan Nasional (BN) lebih-lebih lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Dialog Bersama Pasukan Polis Diraja Malaysia IPD Sri Aman di Rumah Terence Ajit, Taman Sentosa Sri Aman pada hari Sabtu lepas.

Selain itu Harden juga mahu rakyat di Sri Aman sedar bahawa projek pembinaan hospital baru dan naiktaraf loji air bersih di Bayai sedang menjalani proses tender pada masa sekarang.

“Kedua-dua projek ini bernilai jutaan ringgit ini sudah lama diluluskan. Justeru saya berharap agar rakyat tidak mudah termakan hasutan pihak pembangkang berhubung isu tersebut selepas ini,” katanya.

Terdahulu Harden menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada JKKK Raban Dayak Taman Sentosa untuk kegunaan mereka.

Hadir sama ialah Ketua Polis Balai IPD Sri Aman, Inspektor Jamaludin Abdul Latiff, Pengerusi JKKK Raban Dayak Taman Sentosa, Terence Ajit, para anggota polis IPD Sri Aman dan penduduk di situ.


Tamat.

No comments:

Post a Comment