Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Pejabat Perpaduan turun padang jayakan operasi SRS


Caption: SELESAI...Sapuan bersama Ramli (kiri sekali) dan anggota SRS Kampung Muhibbah sebaik sahaja selesai melakukan rondaan di sini baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (10 Mei) – Penolong Pegawai Perpaduan Dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohd Sapuan Ahmad Tarmidi telah turun padang untuk menjayakan operasi Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kampung Muhibbah Sri Aman baru-baru ini.

Rondaan yang bermula dari jam 8 hingga 12 tengah malam di Kampung Muhibbah itu telah melibatkan seramai 10 anggota SRS Kampung Muhibbah yang diketuai oleh Ramli Abu Sera.

Ia bertujuan untuk memastikan kawasan Kampung Muhibbah terus aman dan bebas dari segala aktiviti jenayah hasil rondaan SRS yang turut sama disertai oleh pihak Perpaduan Dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman terbabit.

“Segala aktiviti sukarelawan yang kita adakan selama ini adalah merupakan sokongan terhadap dasar kerajaan yang mahu mengurangkan kadar jenayah seperti kes pecah rumah di negara ini.

“Dengan adanya rondaan seperti ini maka saya yakin bahawa masyarakat Kampung Muhibbah dapat membantu kerajaan untuk mewujudkan sebuah penempatan aman dan bebas jenayah di masa akan datang,” kata Ramli.

Selain itu langkah terbabit menurut beliau juga secara tidak langsung membuktikan bahawa masyarakat masih cintakan kedamaian dan sama-sama berganding bahu untuk membenteraskan aktiviti jenayah di kawasan mereka.

Justeru berdasarkan kepada semangat perpaduan yang kukuh, Ramli berharap agar masyarakat di Kampung Muhibbah untuk terus menyalurkan pelbagai maklumat aktiviti jenayah serta aktiviti tidak sihat kepada pihaknya selepas ini.

“Kita akan meneruskan rondaan bersama anggota SRS dari masa ke semasa demi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini di Kampung Muhibbah Sri Aman,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment