Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, May 25, 2012

Pasukan Bomba Sukarela adalah First Responder

Caption: UNTUK ALBUM...Pasukan Bomba Sukarela KRT Tanjung Engkabang dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sri Aman bergambar kenangan sebaik sahaja tamat sesi suaikenal di sini kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (19 Mei) – Pasukan Bomba Sukeralea berperanan sebagai ‘First Responder’ untuk Jabatan Bomba Dan Penyelamat apabila berlakunya bencana di sesebuah kawasan penempatan pasukan terbabit dari masa ke semasa.

Justeru adalah amat penting bagi Pasukan Bomba Sukarela ditubuhkan di setiap kampung-kampung termasuk juga di Sri Aman bagi menangani kejadian bencana seperti kebakaran di penempatan mereka selepas ini.

“Pasukan terbabit akan mendapat memberi maklumat dengan segera terhadap apa yang berlaku (bencana) di penempatan mereka sebelum pihak Bomba Dan Penyelamat tiba untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Atas sebab inilah Pasukan Bomba Sukarela perlu dijadikan sebagai saloah satu keperluan utama penduduk,” kata Penyeleras Pasukan Bomba Sukarela Sri Aman, Abdul Malek.

Selain itu kewujudan Pasukan Bomba Sukarela katanya juga boleh membantu mengawal peringkat awal sesuatu kejadian kebakaran itu sebelum ketibaan pihak Bomba Dan Penyelamat.

Malahan Pasukan Bomba Sukarela kata Malek juga boleh membantu pihak Bomba Dan Penyelamat dalam bersama-sama mengendalikan masalah bencana di kawasan penempatan mereka.

“Paling penting ialah Pasukan Bomba Sukarela perlulah sentiasa aktif dan terus menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Bomba Dan Penyelamat dalam menangani sesuatu bencana selepas ini,” katanya.

Terdahulu Malek bersama anggota Bomba Dan Penyelamat Bahagian Sri Aman iaitu Mathew dan Tony telah menghadiri majlis suaikenal bersama Pasukan Bomba Sukarela KRT Tanjung Engkabang kelmarin.

Pasukan Bomba Sukarela KRT Tanjung Engkabang yang dipengerusikan oleh Mas Mashore Haji Maslem itu telah pun berlangsung di Gelanggang Futsal KRT Tanjung Engkabang.

Tamat.


No comments:

Post a Comment