Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, May 25, 2012

Mekanik patah jari masa kerja di bengkel


SRI AMAN, Khamis (17 Mei) – Seorang mekanik mengalami kecederaan di bahagian telunjuk jari tengah tangan kanannya ketika melakukan kerja pengantian tayar di sebuah bengkel dalam bandar Sri Aman kelmarin.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi itu bermula apabila seorang pemilik kenderaan pacuan empat roda meminta pihak bengkel untuk menukar salah satu tayar kenderaan empat rodanya.

Mekanik berusia 22 tahun itu kemudiannya menawarkan diri untuk menukar tayar kenderaan milik lelaki berkenaan tanpa menyedari protokol keselamatan yang perlu diamalkannya ketika menggunakan salah satu alatan di situ.

“Mangsa asyik bersembang dengan rakan-rakannya ketika melakukan proses penukaran tayar kenderaan pacuan empat roda berkenaan sehingga menyebabkan beliau lalai dari segi aspek keselamatan.

“Akibatnya alatan besi yang beliau gunakan untuk melakukan kerja tersebut telah menghentak telunjuk jari tengah sehingga menyebabkan ia hampir pecah dalam kejadian itu,” kata sumber.

Mangsa kata sumber segera dikejarkan ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan lanjut berhubung kejadian tersebut dan seterusnya diberi cuti oleh majikan bengkel tersebut selepas itu.

“Kejadian seperti ini seharusnya dijadikan sebagai ikthibar. Kecuaian dalam kerja boleh menimbulkan risiko kecederaan yang tinggi terhadap seseorang individu seperti yang terjadi dalam peristiwa ini,” kata sumber.

Mangsa telah dilaporkan turun bekerja semula pada hari ini walaupun pihak majikan mengarahkan beliau untuk bercuti dahulu sehingga kecederaan telunjuk jarinya pulih semula selepas ini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment