Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Longkang kecil undang kekantoian



Caption: TERPERANGKAP...Sebuah kenderaan Toyota Vios terperangkap dalam longkang kecil yang terletak di sebelah Restoran Elison Seafood pagi kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (5 Mei) – Sebuah restoran makanan laut yang beroperasi di Jalan Hospital dalam Bandar Sri Aman ini memohon Pihak Berkuasa Tempatan untuk meletak penutup besi di longkang kecil yang terdapat di sebelah premisnya selepas ini.

Longkang kecil yang dimaksudkan itu terletak di sebelah laluan kecil sebelah Elison Seafood Restaurant dan sering mengundang kemalangan kecil dikalangan pengguna kenderaan di sini semenjak lapan tahun lepas.

Pemiliknya, Elison Lingoh ketika mengadu perkara terbabit kepada Utusan Sarawak memberitahu kenderaan milik pemandu kurang berpengalaman sering terjerumus ke dalam longkang kecil tersebut ketika memandu di laluan kecil selekoh restoran beliau.

“Ia bukan kemalangan serius. Masalahnya di sini ialah tayar kenderaan milik pengguna sering terjerumus ke dalam longkang tersebut ketika mereka cuai atau gagal melihat longkang kecil tersebut dengan jelas.

“Kejadian seperti itu sering berlaku di restoran saya. Justeru saya meminta PBT untuk datang dan menutup longkang kecil tersebut dengan penutup besi bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang serupa di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu aduan beliau tampak munasabah apabila tayar sebuah kenderaan Toyota Vios milik sepasang Warga Emas termasuk ke dalam longkang kecil berkenaan awal pagi kelmarin.

Pasangan Warga Emas terbabit mendakwa mereka gagal melihat longkang kecil berkenaan ketika memandu di laluan kecil sebelah restoran berkenaan sehingga berlakunya kejadian itu.

Tamat.


No comments:

Post a Comment