Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, May 25, 2012

KRT Tanjung Engkabang rai Hari Ibu 2012

Caption: SELAMAT HARI JADI...Malek sedang memotong kek sambutan harijadi beliau sambil disaksikan oleh ahli KRT Tanjung Engkabang sempena sambutan Hari Ibu di situ kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (17 Mei) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Engkabang turut tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan sambutan Hari Ibu 2012 yang jatuh pada tarikh 13 Mei lepas.

Ia terbukti apabila KRT Tanjung Engkabang mengadakan pelbagai acara menarik namun ringkas bagi memeriahkan sambutan Hari Ibu 2012 yang melibatkan para ahli di gelanggang futsal KRT tersebut kelmarin.

Pengerusi Jiranita KRT Tanjung Engkabang, Nur Khadijah Abdullah ketika ditemui berkata Sambutan Hari Ibu amat bermakna bagi kaum ibu persatuan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan mereka selepas ini.

“Sambutan Hari Ibu secara tidak langsung dapat menghimpunkan semua ahli KRT Tanjung Engkabang dan seterusnya memperkukuhkan lagi hubungan perpaduan sesama mereka.

“Kita yakin tingkat kefahaman yang tinggi dikalangan para ahli KRT Tanjung Engkabang akan membolehkan pelbagai program dilaksana dengan penuh lancar di masa akan datang,” katanya.

Selain itu beliau juga turut menyeru ahli KRT Tanjung Engkabang supaya meneruskan semangat kejiranan di antara satu sama yang lain dalam mewujudkan keamanan di penempatan mereka selepas ini.

Terdahulu program Sambutan Hari Ibu di gelanggang Futsal KRT Tanjung Engkabang itu juga turut diserikan lagi dengan taklimat berkenaan Bomba Sukarela yang dipengerusikan oleh Mas Mashore Haji Maslem.

Turut diadakan ialah majlis sambutan hari jadi Abdul Malek iaitu Penyelaras Bomba Sukarela Sri Aman bersempana dengan sambutan Hari Ibu 2012 oleh pihak KRT Tanjung Engkabang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment