Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Komuniti agama perlu main peranan wujud komuniti sihat - Snowdan


Caption: TERIMA KASIH...Snowdan sedang menerima cenderamata daripada Peter Isa sambil disaksikan oleh Datuk Bolly Lapok dan Chimbie Bunsie ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.

PANTU, Jumaat (4 Mei) – Semua pihak memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah komuniti penduduk yang sihat dan berakhlak mulia mengikut kepercayaan agama masing-masing kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan.

Katanya kepentingan peranan ini boleh dilihat apabila pihak jemaah gereja dipinta untuk bekerjasama dengan pemimpin gereja iaitu paderi untuk mewujudkan komuniti yang lebih baik khasnya dikalangan para belia dalam kawasan mereka.

“Bekerjasamalah dengan para pemimpin gereja untuk mewujudkan sebuah gereja yang kuat dan seterusnya memberi kebaikan kepada komuniti penduduk di kawasan tadbir masing-masing selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau bersempena dengan Pengiktirafan Gereja Saint Stephen Pantu sebagai Parish yang berlangsung di dewan gereja tersebut baru-baru ini.

Selain itu Snowdan turut menekankan bahawa kesemua penganut agama Kristian yang berlainan latar belakang perlu menolak kepentingan diri ketika membangunkan gereja memandangkan mereka berkongsi kepada satu kepercayaan yang sama.

“Semua pihak perlu saling bantu-membantu dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Inilah perkara paling penting dalam komuniti gereja dalam memperkukuhkan lagi iman masing-masing di masa akan datang,” katanya.

Beliau pada majlis itu juga meminta penduduk untuk menghargai segala sumbangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyalurkan peruntukan bagi membangunkan kawasan penempatan mereka selepas ini.

Terdahulu Snowdan pada majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada pihak Parish Saint Stephen Pantu bagi tujuan pembangunan gereja.

Hadir sama ialah Archbishop Gereja Anglican Church bagi Wilayah Asia Tenggara iaitu The Most Right Reverend Datuk Bolly Lapok, Ven. Archdeacon Chimbie Bunsie and Reverend Father Peter Esa Jeli.

Tamat.

No comments:

Post a Comment