Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Kelas Sertai Kelas Jahitan Pusat Latihan Pembangunan Belia (PLPB) kata Dany Neb



Caption: TAHNIAH...Harden sedang menyampaikan sijil kepada seorang peserta sambil disaksikan oleh Dany (kiri) dan tetamu khas yang lain pada majlis itu kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (4 Mei) – Sejumlah 1,200 orang wanita telah menyertai Kelas Jahitan Pusat Latihan Pembangunan Belia (PLPB) semenjak ia mula diwujudkan di negeri pada tahun 1994 lepas.

Pengarah PLPB, Kuching iaitu Dany Neb berkata ia merupakan satu perkembangan positif dalam kehendak golongan wanita untuk memajukan hidup masing-masing dari masa ke semasa.

“Sehingga kini PLPB mempunyai sejumlah 14 buah Kelas Jahitan di seluruh negeri Sarawak yang ditubuhkan oleh kita sesuai dengan keperluan masyarakat setempat yang mahu mempertingkatkan taraf hidup ekonomi masing-masing.

“Sesi baru akan dibuka pada bulan Julai ini. Justeru saya berharap agar lebih ramai golongan remaja wanita dan mereka yang masih menunggu pekerjaan untuk menyertai Kursus Jahitan yang ditawarkan oleh pihak kita secara percuma selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kelas Jahitan PLPB Sri Aman 2012 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin.

Selain itu semua belia dan beliawanis di negeri ini kata Dany perlu sedar bahawa PLPB menawarkan tujuh jenis kursus antaranya ialah Juruteknik Instrumen, Juruteknik Elektronik Industri, Jurukimpal Arka, Jurukerja Paip, Jurubina Bangunan, Pembuat Perabot dan Pembuat Pakaian Wanita (Jahitan).

“Golongan belia dan beliawanis yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kursus terbabit boleh melayari laman web kami iaitu www.plpb.sarawak.gov.my selepas ini,” katanya.

Terdahulu sejumlah 104 peserta Latihan Kelas Jahitan PLPB Sri Aman bagi tahun 2010 dan 2011 telah menerima sijil yang disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

Daripada jumlah tersebut, 41 orang peserta Latihan Kelas Jahitan PLPB Sri Aman terbabit datang dari kawasan Sri Aman dengan 31 orang lagi dari Debak manakala 32 orang lagi dari Pusa, Betong.

Hazlina Mahdi, Sarifah Seniah, Hamsiah Mustapha, Hamsiah Shamat, Mala Chiaban, Aisyah Omar, Haliza Alek, Zarina Ahmad dan Haslinda Spawi telah diumumkan sebagai peserta terbaik bagi kelas jahitan tersebut.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Felicia Tan, Ketua Unit PLPB Kuching, Abdul Rashid dan Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Assim.

Tamat.





No comments:

Post a Comment