Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Kelab Big Bikers Sri Aman jelajah Betong


Caption: BERJAYA...Jamali (kiri sekali) bersama Zaidi (kanan sekali) dan ahli Kelab Big Bikers Sri Aman yang lain ketika melaksanakan misi amal ke Betong baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (26 April) – Kelab Big Bikers Sri Aman telah melakukan misi amal pertama mereka ke Betong semenjak berakhirnya sambutan Pesta Benak Sri Aman pada 8 April lepas.

Setiausahanya Zaidi Sarkawi ketika ditemui berkata misi yang membabitkan seramai tujuh orang ahli kelab itu telah memulakan perjalanan mereka dengan menggunakan motorsikal berkuasa tinggi dari Bandar Sri Aman pada jam 7.30 pagi.

“Kumpulan kami telah singgah di Pusa, Betong untuk melakukan lawatan terhadap salah rakan kelab kami yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kemintin Klauh, Sri Aman sebelum ini.

“Kami kemudiannya telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan risalah mengenai sambutan Pesta Benak Sri Aman kepada orang ramai di situ disamping mempromosikan Kelab Big Bikers Sri Aman terhadap mereka,” menurut beliau.

Misi amal Kelab Big Bikers Sri Aman ini kata Zaidi kemudiannya diteruskan ke Triso sebelum mereka singgah di Meludam untuk melawat seorang penduduk yang mengalami penyakit lumpuh di situ.

Selepas itu, Kelab Big Bikers Sri Aman kata beliau melakukan sesi beramah-mesra bersama penduduk di Meludam sebelum berangkat pulang ke Bandar Sri Aman pada jam 7 petang.

“Misi amal pertama kami secara keseluruhannya telah berjaya. Kami telah pun belajar untuk menunggang secara berhemah dengan berkonvoi sepanjang perjalanan menuju ke Pusa, Betong.

“Justeru kami berharap agar Kelab Big Bikers Sri Aman dapat meneruskan misi amal seperti ini demi mempromosi kelab serta Pesta Benak dikalangan penduduk dalam negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu misi amal Kelab Big Bikers Sri Aman yang berlangsung di kawasan Pusa, Maludam dan Triso dalam Bahagian Betong itu telah diketuai oleh Naib Presidennya iaitu Jamali Safri.

Tamat.

No comments:

Post a Comment