Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Jalan pembalakan upgrade jadi jalan raya - Nyalau


Caption: UNTUKMU...Kaunselor Mering sedang mengenakan baju burung di badan Nyalau sambil disaksikan oleh Dorris ketika berlangsungnya majlis itu.

LUBOK ANTU, Jumaat (27 April) - Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf jalan laluan pembalakan sebagai pendekatan baru untuk menyediakan liputan luas rangkaian jalan raya di Sarawak pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata laluan pembalakan yang ditinggalkan oleh syarikat pembalakan sebelum itu akan dinaiktaraf kepada kemudahan jalan raya menerusi cadangan terbabit.

“Berhubung cadangan terbabit, kerajaan akan cuba mewujudkan kemudahan jalan raya di kawasan Ulu Lemanak, Lubok Antu menerusi rangkaian laluan pembalakan yang sudah ditinggalkan oleh syarikatnya selepas ini.

“Cadangan terbabit sudah pun saya kemukakan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas untuk tindakan lanjut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ruai Baru Rumah Sandah, Sungai Ara, Lubok Antu baru-baru ini.

Selain itu rakyat di kata Nyalau juga tidak perlu bimbang kerana Kerajaan Negeri akan terus memperhebatkan usaha bagi membangunkan kawasan luar bandar khasnya pedalaman negeri ini.

Malah kerajaan katanya telah pun merancang pelbagai program dari masa ke semasa untuk memastikan rakyat di setiap kawasan luar bandar dan pedalaman menyertai program pembangunan itu.

“Oleh sebab itu pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dan berusaha gigih demi memastikan rakyat di kawasan luar bandar termasuk pedalaman dimajukan tanpa seorang pun daripada kelompok mereka disisihkan selepas ini,” katanya.

Terdahulu majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Doris Sophia Brodie menyaksikan Nyalau mengumumkan peruntukan berjumlah RM12,000 kepada JKKK Sungai Ara.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Ketua Polis Daerah Lubok, DSP Antu James Johnanthan dan ketua kaum di sini.

Tamat…


No comments:

Post a Comment