Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Jaga kebersihan kawasan Batang Ai - Rayong



Caption: CERIA...Rayong (duduk dua kanan) bersama Lugoh (tengah) ketika melakukan lawatan ringkas ke Spaya, Ulu Engkari baru-baru ini.

BATANG AI, Jumaat (11 Mei) – Rakyat kawasan pedalaman Batang Ai, Lubok Antu perlu menghargai khazanah alam semulajadi yang terdapat di kawasan tempat tinggal mereka pada masa sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata keindahan kawasan pedalaman Batang Ai sememangnya amat terkenal dan sering menjadi tarikan pelancong asing selama ini.

Justeru beliau berharap agar penduduk di kawasan itu menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjaga kebersihan kawasan sungai di pedalaman Ulu Batang Ai dan Engkari selepas ini.

“Kerajaan sentiasa mengutamakan kecantikkan kawasan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini khasnya dalam kawasan pedalaman Batang Ai kerana ia berpotensi menjadi produk pelancongan dikalangan pengunjung luar.

“Atas sebab ini kerajaan memohon kerjasama penduduk di kawasan itu untuk sentiasa menjaga kebersihan sungai demi memastikan ia sentiasa terpelihara serta cantik dikalangan pelancong asing pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatan ringkas ke kawasan Spaya, Ulu Engkari, Lubok Antu bersama dengan peluncur benak antarabangsa baru-baru ini.

Selain itu Rayong juga berharap agar penduduk sedar bahawa kedatangan pelancong asing ke kawasan mereka akan dapat mempertingkatkan ekonomi hidup penduduk di situ selepas ini.

“Paling penting di sini ialah penduduk di kawasan pedalaman Batang Ai sentiasa memelihara adat resam dan budaya hidup mereka untuk disajikan kepada pelancong yang datang ke rumah panjang mereka,” menurut beliau.

Turut menyertai lawatan ringkas beliau ke kawasan Spaya, Ulu Engkari, Lubok Antu itu ialah Residen Bahagian Sri Aman, Johnathan Lugoh dan Ketua Pejabat Imigresen Sri Aman, Kujang Baling.

Tamat,

No comments:

Post a Comment