Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, May 25, 2012

Hayati 1 Malaysia - Sepri



Caption:

1. RASMI...Sepri sedang menyempurnakan upacara sepak mula perlawanan bolasepak persahabatan sambil disaksikan oleh Fachrio (kiri) dan Zaidi (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.

2. UNTUK ALBUM...Sepri sedang bergambar kenangan bersama peserta perlawanan bolasepak sambil diapit oleh Zaidi (kiri) dan Fachrio (kanan) pada majlis itu hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (19 – Rakyat diseru untuk terus menghayati dan mengamalkan semangat Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ini.

Pegawai Khas Parlimen P.201 Batang Lupar, Mohd Speri Haji Abdul Karim berkata penerapan semangat Gagasan 1 Malaysia amat penting demi mewujudkan hubungan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dalam negeri ini.

“Gagasan 1 Malaysia mendidik semua rakyat berbilang kaum untuk sama-sama bersatu bagi menjayakan proses pembangunan negara dari segala segi sehingga kita mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.

“Dengan berbuat demikian, semua rakyat berbilang kaum akan menikmati faedah pembangunan secara bersama dan hidup di dalam sebuah negara yang aman serta makmur di masa akan datang,” katanya.

Beliau yang merupakan wakil kepada Datuk Hajah Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penghayatan 1 Malaysia Peringkat Daerah Sri Aman di Kompleks Sukan Sri Aman hari ini.

Selain itu Speri juga mengingatkan rakyat agar sentiasa berdiri teguh di belakang kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN)  pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini nanti.

Kerajaan sedia ada sekarang katanya masih releven dan tidak perlu ditukar demi memastikan segala pelan pembangunan untuk rakyat selama ini terus berjalan dengan lancar selepas pilihan raya terbabit.

“Penting di sini ialah rakyat tidak harus mudah terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang yang mahu meraih sokongan politik daripada mereka pada PRU13 ini nanti,” menurut beliau.

Hadir sama pada majlis berkenaan Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fachrio Ferdiand Shah Abdillah, Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawai dan Pegawai JASA DUN Lingga, Sulaiman Amut.

Terdahulu Program Penghayatan 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Daerah Sri Aman turut diserikan dengan perlawanan bolasepak persahabatan antara Komuniti 1 Malaysia Sri Aman, persembahan cabutan tiket bertuah dan persembahan kebudayaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment